Monday, 10 March 2014

BUNTU dalam membuat PILIHAN. KELIRU dalam membuat KEPUTUSAN

    Dah lama ak tak post dalam blog nih. Buat pengetahuan anda,sekarang ni ak dah pun tamat sesi persekolahan menengah. Alhamdulillah,ak dapat jawab dengan tenang. Habi je paper last hari tu,ak pegi cari keje dengan kawan2 ak. Tapi hampeh. Satu pun tak dapat. Ingat nak cari duit poket,tapi dah takde rezeki nak buat macm mane. Sabor je la.
   
   Duduk rumah asyik kena buli dengan mak. Aigo. Mak suruh jemur kain la , sapu kat halaman rumah la , siram bunga la , bagi makanan kat kucing(ni pun baru lepas bg ni). Menderita ak. Hahaha. Tapi nak buat macam mane , masa ni la ak dapat duduk kat rumah. Nanti dapat sambung belajar , nak2 dapat belajar luar dari negeri ak ni , susah dah nak dapat peluang macam ni. Ak ikut je la arahan mak walaupun terpaksa. Ngehehe. Ak ni anak bongsu , waktu ni ak sorang je la yang ada kat rumah. 

   Sekarang ni dah pun masuk bulan 3. Bermakna result SPM dah tak lama dah akan diumumkan. Orang sibuk duk tanya , ak target bape. Ak jawab la 4 kot. Haih. Dalam hati ni memang tak nak target pun. Lulus semua pun dah memadai. Ak redha je apa yang akan Allah bagi kat ak. Mudah2an ak dapat bersyukur dengan setiap pemberianNya dan menerima dengan hati yang terbuka.

  No pin dah pun beli , UPU dah pun isi. Lepas dapat result , kena kemaskini semula. Surat tawaran dari kolej dah dapat dah. Dapat kos Medical Imaging (X-ray). Kos yang ak memang idamkan lah. Tapi ayah ak buat tak endah pun surat tu. Mungkin ayah ak suruh tunggu tawaran dari IPTA kot. Terus terang ak sangat keliru. Buntu. Kecewa sebab ayah buat tak endah je dengan surat tawaran tu. 

  Kalau boleh , ak memang nak sambung kat kolej tu. Daftar masuk pada bulan 4. Tapi bila tengok ayah ak yang reaksinya seperti tak setuju , terpaksa la ak tunggu surat tawaran dari IPTA. Tu pun kalau ada rezeki dapat masuk Universiti kerajaan. Mudah2an Allah dapat mengabulkan setiap hajat yang ak pinta dan dapat mencapai cita2 ak. InsyaAllah. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. 

   #Ak sangat simpati dengan apa yang berlaku ke atas pesawat MH370. 
   #Harap pesawat MH370 dapat ditemui dalam keadaan selamat dengan penumpang2 dan krew2 dalam keadaan baik2 saje. InsyaAllah. Wallahuallam.

Sunday, 13 January 2013

Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen




Gambar kat atas adalah segmen yang dibuat oleh blogger Hanif Bin Idrus.. Korang nak join boleh la..



TAG : kecikYAYA
                   misz Farahanis










hak milik terpelihara DEBABpunyercerite